Monday, May 11, 2015

Ketupat sotong



KETUPAT SOTONG


Bahan-bahan
1/2 kilo sotong (saiz sederhana)

2 keping gula melaka (saiz kecil - bergantung kemanisan yg anda mahu)

1 cawan beras pulut

1 1/2 cawan santan

daun pandan

sedikit garam

lidi/ batang sate


cara-cara membuat :


1. Beras pulut di basuh dan direndam (20 minit ) sekejap untuk bagi beras lembut semasa proses merebus nanti.

2. Toskan beras pulut untuk asingkan air bagi memudahkan proses memasukkan beras ke dalam perut sotong.

3. Sotong yang telah siap diisi dengan beras pulut di masukkan kepala sotong dan di cucuk dengan batang sate.

4. Selepas siap proses isian beras td, susunkan sotong ke dalam periuk dan masukkan santan, gula melaka, daun pandan serta garam secukupnya.

5. Biarkan mendidih, sehingga kuah pekat. 

6. Sedia untuk dimakan. Ketupat Sotong  ...
ini lah hasilnya...


Tuesday, April 7, 2015

kari ayam simple

assalamualaikum dan sejahtera...

Setelah lama tak menjengkuk blog ni... nampoknyer dh bersawang... ari ni saya nk kongsikan resepi kari ayam yang simple. Bagi mummy-mummy yang sibuk kerja...balik kijer kesuntukkan masa nk masak...jom try resepi mama eila..:)


bahan-bahan:

1/2 ekor ayam
3 biji kentang
1 1/2 cawan santan
garam
gula
3 sudu serbuk kari
sedikit serbuk cili/ cili boh
 2 cawan air
cili untuk hiasan.

Dikisar/ditumbuk 
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 keping asam keping
sedikit lengkuas
sedikit ketumbar
sedikit halia

cara-cara :
1. Panaskan minyak tumiskan bahan2 yang dikisar. Biarkan kekuningan.
2. Masukkan serbuk kari, serbuk cili dan gula untuk kuah lebih berkilat dan  sedikit air. Biarkan mendidih .
3. Apabila bahan tumis tadi sudah pecah minyak. Masukkan ayam, dan perapkan ayam tadi dengan bahan tumis tadi dalam 5 minit.
4. Apabila ayam dah sebati dengan bahan tumis tadi. masukkan santan, air, kentang serta asam keping.
5. Masukkan garam secukupnya. Siap.
6. Siap untuk dihidang.

kredit to : teq (selamat mencuba)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...