Monday, May 11, 2015

Ketupat sotong



KETUPAT SOTONG


Bahan-bahan
1/2 kilo sotong (saiz sederhana)

2 keping gula melaka (saiz kecil - bergantung kemanisan yg anda mahu)

1 cawan beras pulut

1 1/2 cawan santan

daun pandan

sedikit garam

lidi/ batang sate


cara-cara membuat :


1. Beras pulut di basuh dan direndam (20 minit ) sekejap untuk bagi beras lembut semasa proses merebus nanti.

2. Toskan beras pulut untuk asingkan air bagi memudahkan proses memasukkan beras ke dalam perut sotong.

3. Sotong yang telah siap diisi dengan beras pulut di masukkan kepala sotong dan di cucuk dengan batang sate.

4. Selepas siap proses isian beras td, susunkan sotong ke dalam periuk dan masukkan santan, gula melaka, daun pandan serta garam secukupnya.

5. Biarkan mendidih, sehingga kuah pekat. 

6. Sedia untuk dimakan. Ketupat Sotong  ...
ini lah hasilnya...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...