Monday, July 22, 2013

RUPA BENTUK LADA BENGGALA



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni mak cik nak kongsikan lada yang selalu digunakan dalam masakan..

 Ade kawan mak cik tayer lada benggala tu macamane rupernyer...

so, my frenz anis,

Inilah wajahnyer empunyer nama lada benggala...

so, dh tahu nanti bolehler cari kat pasaraya untuk masak...

okeys...
.
.
.
.
.
.
.




coretan eila.

Sunday, July 21, 2013

Sotong Masak Kunyit




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini mak cik nak kongsikan resepi semalam

 mak cik masak untuk berbuka puasa bersama keluarga. 

Resepi Sotong Masak Kunyit. Oklah cik joyah  resepinyer ..
.
.
.
.
.

Bahan-bahan

 1/2 kg Sotong 
3 ulas Bawang putih - ditumbuk
 1/2 biji besar holland - dipotong
Carrot
sedikit kacang panjang buncis
 Lada Benggala - dipotong 
1 biji cili merah - dipotong
Minyak - untuk menumis 
Kunyit
Garam 
Serbuk perasa

Cara-cara Memasak

1. Tumiskan bawang putih, biarkan kekuningan.

2. Masukkan sotong, kunyit. biarkan mendidih dan keringkan sedikit air dari sotong itu.

3. Masukkan garam, serbuk perasa, kacang buncis, lada benggala, cili merah dan bawang besar holland.

4. Biarkan selama 5 minit. ok, sudah siap sotong masak kunyit..

5. Siap untuk dihidang...

.
.
.
.
Ini lah hasilnyer.....


Selamat Mencuba...


     Coretan eila.

Saturday, July 20, 2013

Kerabu pegaga

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Hari ini mak cik nk kongsikan resepi kerabu pegaga..smlm buat untuk menu berbuka puasa. Alkisah nye blh buat sebabnyer kelmarin si suami pn beli pegaga masa dia pi pasar.kononyer nk mkn ulam pegaga ngn budu..

Pastu mak plak pi pasar ngn akak beli jugak..jd disebabkan dh byk..rase sayang plok klu dbiar dlm peti. .
Klu dh masuk peti..phm2 jerlh cik joyah... so, mak cik tgk pegaga masih fresh..
Mak cik pn buatlh kerabu...

So, klu korang2 yg xbapo minat sgt makan pegaga. ..mungkin blh mcuba resepi mcik ni...kot2 blh makan...


Bahan-bahan

1 ikat pucuk pegaga
4 ekor ikan rebus ( dibuang tulang dan ditumbuk)
2 batang serai (dimayang halus)
2 ulas bawang merah (dimayang halus)
sedikit halia (dimayang halus)
1 senduk kerisik
lada hitam (bergantung kepedasan masing-masing - ditumbuk)
2 biji cili padi (dipotong)
cuka
garam 


cara-cara

1. Ikan rebus digoreng bersama serai, bawang merah, halia. ikan digoreng sehingga kekuninggan.

2. Biarkan sejuk, masukkan kerisik, lada hitam, cuka dan cili padi. gaulkan semua...

3. Bila dah sebati masukkan pucuk pegaga..gaulkan hingga sebati...

4.. Siap untuk dihidang dan makan...

yummy...yummy...


coretan eila,

Wednesday, July 17, 2013

SUP AYAM RINGKAS DAN CEPAT


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Alhamdulillah hari ini sudah 9 hari umat islam telah menjalani ibadah puasa.

Syukur ke hadrat Illahi dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang

 baik untuk menunaikannya kepada Yang Maha Esa...


Hari ini saya inginkan kongsikan resepi yang  saya buat semalam...

 permintaan dari si suami nak makan sup ayam. so, si isteri pun buatlh..(saya

 lah tu)... oklah cik joyah tanpa panjang cerita...ko bacalh bahan2  kat bwh tu 

kot2 teringin nak cuba resepi mak cik ni...


Bahan-bahan

Ayam dipotong kecil2 ( untuk 3 org makan)
2 Batang Celery
2-3 cawan air.
1 biji kentang sederhana  (dipotong empat)
1 biji tomato (potong empat)
1 biji bawang besar holland (potong empat)
4 biji bawang putih (ditumbuk)
2 sudu cuka
sedikit halia
sedikit lada hitam biji (ditumbuk kasar)
3-4 biji cili kecil (utk perhiasaan)
sedikit bawang goreng dan daun sup (untuk perhiasan)
2 sudu minyak (untuk menumis).
garam secukupnya.
serbuk perasa (ajinomoto)



Cara-cara memasak

1. Panaskan minyak, masukkan bawang putih. Bila bawang putih layu. Masukkan cuka, kacau dan masukkan ayam yang telah dipotong.

2.  Masukkan air, biar mendidih. Masukkan kentang. 

3. Pastikan kentang hampir masak, masukkan garam, serbuk perasa, lada hitam.

4. Biar mendidih 10 minit, masukkan batang celery, bawang holland, cili kecil.


5. Siap dan untuk hidangkan...


6. taburkan dengan bawang goreng dan daun sup...Siap untuk di makan...


yummyy....selamat berbuka


Coretan eila....





SELAMAT MENCUBA

Tuesday, July 9, 2013

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1434H




Salam Ramadhan buat sahabat semua.....

Alhamdulillah Ramadhan datang lagi 

dan bersyukur kepada-Nya diberi kesempatan 

bagi menyambut bulan yang mulia ini

 dan  moga-moga semuanya diberikan

 kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah puasa

 di samping keluarga.





Di kesempatan ini juga saya memohon kemaafan 

andai ada salah dan silap saya secara sengaja mahupun tidak,

 tutur bicara yang menyinggung rasa 

dan tingkah laku yang mengguris hati.....

maafkan saya.

 Semuga keberkatan Ramadhan ini di perolehi kita  semua.....



Selamat berpuasa dan jangan lupa niat nyer...





Semoga sama2 mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini bulan Ramadhan...Amin...



Coretan eila.





Monday, June 24, 2013

Chicken Chop Blackpapper simple



Assalamualaikum dan salam sejahtera

hari ini saya nak kongsikan resepi chicken chop paling ringkas...heheh... semalam puasa xtahu menu apa nak berbuka... tut..tut buat chicken chop untuk kami sekeluarga dinner...yeayyy...oklah mcik2 tanpa cerita panjang ni resepinyer....
baca jangan tak baca....


Kuah Chicken Chop 

Bahan-Bahan
Bawang Besar holland
2 sudu mejerin planta
Sos lada hitam
lada hitam biji - ditumbuk
1 kiub ayam
2 cawan air
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
2 sudu tepung jagung
2 sudu sos lea & Perrins 
garam dan gula secukupnya.
  
Cara-cara 
Bawang Besar holland ditumis dengan planta. biar bawang besar layu. Masukkan air, kiub ayam, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos lea & Perrins . Biar mendidih masukkan tepung jagung yang dilarutkan dengan air.biarkan mendidih sehingga pekat masukkan lada hitam biji yang ditumbuk bergantung kepada kepedasan anda mahuuuu...........last sekali masukkan garam dan gula secukupnya.


Salad Buah
 Mayonis
Lemon ( diperah kedalam campuran salad)
buah Anggur, Apple, daun Salad

Untuk Perapan Ayam
Ayam bahagian peha ( ikut suka selera anda)
lada hitam biji ( ditumbuk bergantung kepedasan anda mahu)
sos tiram
sos lada hitam 
sos lea & Perrins 

cara-cara
Semua bahan diperapkan dengan ayam. 30 minit slps itu blh dipanggang...


siap untuk dihidang....


Adiós
Coretan eila


Sunday, June 23, 2013

cubaan pertama membuat pancake

Resepi paling senang. Tiba2 rase nk mkn pancake..tut..tut pi lh pasaraya cari tepung buat pancake..stelah curi2 baca kat internet...
Hasilnyer...jeng...jeng...



Wednesday, June 19, 2013

Almira nur qasrina tunjuk gigi


Pose sessi tunjuk gigi....gigi yg xberape sgt...atas ade 4 btg...2 btg kat bwh...

cucur bawang bersama oat

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

ari ni rase nk entri kan mengenai masakan...alkisah, hujung minggu ade buat cucur bawang dicampur dengan oat... resepi sendiri..konon2 cipta sendiri... tp boleh tahan gak rasenyer...kenyang pun kenyang...


1. adunan yang siap dibancuh.

2. Proses mengoreng 


3. Sipa untuk dimakan...yumm..yumm..


Monday, March 18, 2013

selamat hari lahir almira


assalamualaikum dan salam sejahtera...

18.03.2012
Tarikh keramat di mana permata hatiku 
yang kedua dilahirkan secara pembedahan
Photo: yeahh..sy dh gnap 1 thn ari ni..~almiraNURqasrina~
(yeaaayyyyyyyyyyyyyy dh 1 tahun )
hari ni genaplah setahun umur almira nur qasrina

Sekejap saje rasonyooo
pejam celik pejam celik 
dah setahun umur almira


mama arapkan anak-anak  mama sentiasa 
di pelihara dan diberikan kesihatan yang baik
(untuk alya dan almira)


semoga menjadi anak yang mendengar kata papa dan mama
menjadi anak yang solehah
semoga menjadi insan yang berguna suatu hari nanti

amin..amin rabillalamin...


waahullam.....

SELAMAT HARI LAHIR
ALMIRA NUR QASRINA BINTI ALBAKRY

Tuesday, March 12, 2013

cerita disebalik lagu

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saban hari menceritakan pasal pencerobohan  di sabah terutamanya di Lahad Datu... memikirkan rakyat Sabah di sana memang menjadi igauan ngeri... syukur alhamdulillah aku dan keluarga di sini, hidup dengan aman damai....

Tiba-tiba terdengar lagu di radio "PERWIRA".... Sekarang lagu perwira selalu berkemundang di radio, dengar lagu dio...mak aik meremang bulu roma.. mcm kito nk pi perang....

Di harap pencerobohan ini, cepat2 lah berakhir...kesian melihat rakyat2 Sabah, terpaksa hidup dalam ketakutan......

tapi kan bila mendengar lagu tu, memang rase semangat cintakan negara... semoga negara Malaysia aman damai...bebas dari pencerobohan...tapi bila mendengar lagu tu, dari aku kecil smpi skrang dah beranak pinak... aagak2 korangkan sapolah penyanyi asal lagu PERWIRA kan?


kadang2 kiter selalu dengar versi lelaki yang nyanyi, kadang2 versi Saloma,(Kalau tak silap aku dlm filem Masam-Masam Manis) Sharifah Aini (aka Kak Pah... So, mcm konfius jugak siapa agaknyer penyanyi asal lagu PERWIRA....Jom sama2 kiter menghayati lagu PERWIRA..

 Perwira


Perwira...

Dikaulah harapan hati
Penghibur kala sunyi
Pergilah berbakti
Membela pertiwi

Perwira...
Janganlah kekanda bimbang
Untuk pergi berjuang
Andainya kau gugur
Jasamu dikenang




Dengarlah lagu kucipta

Gubahan mesra nan manja
Sebagai ganti diri
Bersama kau berbakti
Untuk ibu pertiwi

Kekanda di medan perang
Adinda di medan seni
Sama-sama berjuang
Sama-sama berbakti
Semoga tabah hati

Majulah kekanda maju jangan undur
Dinda mohon doa restu
Rela sehidup semati bersamamu
Perwiraku




Dengarlah lagu kucipta

Gubahan mesra nan manja
Sebagai ganti diri
Bersama kau berbakti
Untuk ibu pertiwi

Kekanda di medan perang
Adinda di medan seni
Sama-sama berjuang
Sama-sama berbakti
Semoga tabah hati

Majulah kekanda maju jangan undur
Dinda mohon doa restu
Rela sehidup semati bersamamu
Perwiraku








Sunday, March 10, 2013

PAPINKA : DIMANA HATIMU...


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Setelah lamo tak mencoret...tiba2 jari jemari nk menaip...ari ni rase nk kongsi lirik lagu ' DIMANA HATIMU' nyanyian dari band indonesia nama group dio PAPINKA..try tgk video dan lagu ni kat you tube best jugak lagu ni...bagi aku tak pernah dengar..
maybe radio jarang kemundangkan lagu ni..tu yang tak berapo nk didengari...(bagi aku kot)...


PAPINKA - DI MANA HATIMU

Papinka Band


PAPINKA - DI MANA HATI MU.

Inilah akhir cintaku, inilah akhir kisahku,
Setelah kau jauh tinggalkan aku,
Tak bisa ku melupakanmu,
 tak bisa aku tanpamu,
Tak pernah aku rela kau tinggalkan aku,

Tiada ku sangka engkau berubah,
Ku tak percaya kau membagi cinta,
Tahukah engkau betapa sakitnya,
Kau membagi cinta karna dia.

Tak pernah ku coba melupakanmu,
Mengapa kau buat luka hatiku,
Sekian lama aku menunggu,
Kasih dimana hatimu,

Tak bisa ku melupakanmu,
Tak bisa aku tanpamu,
Tak pernah aku rela,
Kau tinggalkan aku,

Tiada ku sangka engkau berubah, 
Ku tak percaya kau membagi cinta,
Tahukah engkau betapa sakitnya,
Kau membagi cinta karna dia,

Tak pernah ku coba melupakanmu,
Mengapa kau buat luka hatiku,
Sekian lama aku menunggu,
Kasih dimana hatimu,

Tak bisa ku coba melupakanmu,
Mengapa kau buat luka hatiku,
Sekian lama aku menunggu,
Kasih dimana hatimu.



Monday, February 18, 2013

genap umur almira 11 bulan...

Ari ni genap umur ALMIRA NUR QASRINA BINTI ALBAKRY 11 bulan.... maknenyer bln depan (18.03.2013) genaplah setahun umur nya.....alhamdulillah setakat ini baby almira membesar dengan baik...setakat demam nak naik gigi, naik campak...adatler tu...

Dengan umur skrg ni... almira baru pandai merangkak... abihlh lantai kat umah bersih.. kasi mop kat dia....baju dia xpyh citer ler...

oklah..itu sajo citer.....
lamo dh xmencoret... almaklumlh, xpandai nak mengarang ayat2 yang power....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...