Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Saturday, May 28, 2016

AYAM GORENG BEREMPAH


AYAM GORENG BEREMPAH

BAHAN-BAHAN

1/2 ekor Ayam 
3 sudu serbuk kunyit
10-15 batang serai 
2 inci halia
15 ulas bawang putih
3 sudu serbuk jintan manis
3 sudu serbuk jintan putih
sedikit daun kari
1 sudu serbuk cili
garam
Pak aji no moto


CARA-CARA MEMBUAT :

1. Semua bahan-bahan di kisar kecuali kunyit, daun kari, serbuk cili, serbuk jinta manis dan putih.
2. Perap ayam dengan garam, pak aji no moto, kunyit dan serbuk jintan manis dan putih.
3. Selepas bahan-bahan dikisar telah lumat. dimasukkan ke dalam perapan ayam tadi.
4. perap ayam selama 1 jam.
5. selpeas 1 jam diperap, ayam boleh digoreng.

dan hasilnya...
tadaaa....


Monday, May 11, 2015

Ketupat sotong



KETUPAT SOTONG


Bahan-bahan
1/2 kilo sotong (saiz sederhana)

2 keping gula melaka (saiz kecil - bergantung kemanisan yg anda mahu)

1 cawan beras pulut

1 1/2 cawan santan

daun pandan

sedikit garam

lidi/ batang sate


cara-cara membuat :


1. Beras pulut di basuh dan direndam (20 minit ) sekejap untuk bagi beras lembut semasa proses merebus nanti.

2. Toskan beras pulut untuk asingkan air bagi memudahkan proses memasukkan beras ke dalam perut sotong.

3. Sotong yang telah siap diisi dengan beras pulut di masukkan kepala sotong dan di cucuk dengan batang sate.

4. Selepas siap proses isian beras td, susunkan sotong ke dalam periuk dan masukkan santan, gula melaka, daun pandan serta garam secukupnya.

5. Biarkan mendidih, sehingga kuah pekat. 

6. Sedia untuk dimakan. Ketupat Sotong  ...
ini lah hasilnya...


Tuesday, April 7, 2015

kari ayam simple

assalamualaikum dan sejahtera...

Setelah lama tak menjengkuk blog ni... nampoknyer dh bersawang... ari ni saya nk kongsikan resepi kari ayam yang simple. Bagi mummy-mummy yang sibuk kerja...balik kijer kesuntukkan masa nk masak...jom try resepi mama eila..:)


bahan-bahan:

1/2 ekor ayam
3 biji kentang
1 1/2 cawan santan
garam
gula
3 sudu serbuk kari
sedikit serbuk cili/ cili boh
 2 cawan air
cili untuk hiasan.

Dikisar/ditumbuk 
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 keping asam keping
sedikit lengkuas
sedikit ketumbar
sedikit halia

cara-cara :
1. Panaskan minyak tumiskan bahan2 yang dikisar. Biarkan kekuningan.
2. Masukkan serbuk kari, serbuk cili dan gula untuk kuah lebih berkilat dan  sedikit air. Biarkan mendidih .
3. Apabila bahan tumis tadi sudah pecah minyak. Masukkan ayam, dan perapkan ayam tadi dengan bahan tumis tadi dalam 5 minit.
4. Apabila ayam dah sebati dengan bahan tumis tadi. masukkan santan, air, kentang serta asam keping.
5. Masukkan garam secukupnya. Siap.
6. Siap untuk dihidang.

kredit to : teq (selamat mencuba)


Thursday, September 11, 2014

Resepi puding gula hangus

Assalamualaikummm dan salam sejahtera...

Bahan-bahan
9 biji telur
1 sudu tepung jagung
Sedikit garam
1 sudu vanila esen
3 sudu gula
1 tin susu krim pekat 
1 cawan air



Cara-cara

1. Masukkan telur, tepung jagung, garam, esen vanila dan susu. Semua diblanderkan...
2. Gula dipanaskan sehingga keperangan dan cair. Masukkan air ke dalam gula keperangan.
3. Selepas itu, masukkan ke semua bahan yang dibland ke dalam loyang yang mengandungi gula perang tadi...
4.adunan tersebut dikukus selama 30minit..
.
.
.
.
Jeng...jeng...
       
 Selamat mencuba...


Sunday, July 21, 2013

Sotong Masak Kunyit




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini mak cik nak kongsikan resepi semalam

 mak cik masak untuk berbuka puasa bersama keluarga. 

Resepi Sotong Masak Kunyit. Oklah cik joyah  resepinyer ..
.
.
.
.
.

Bahan-bahan

 1/2 kg Sotong 
3 ulas Bawang putih - ditumbuk
 1/2 biji besar holland - dipotong
Carrot
sedikit kacang panjang buncis
 Lada Benggala - dipotong 
1 biji cili merah - dipotong
Minyak - untuk menumis 
Kunyit
Garam 
Serbuk perasa

Cara-cara Memasak

1. Tumiskan bawang putih, biarkan kekuningan.

2. Masukkan sotong, kunyit. biarkan mendidih dan keringkan sedikit air dari sotong itu.

3. Masukkan garam, serbuk perasa, kacang buncis, lada benggala, cili merah dan bawang besar holland.

4. Biarkan selama 5 minit. ok, sudah siap sotong masak kunyit..

5. Siap untuk dihidang...

.
.
.
.
Ini lah hasilnyer.....


Selamat Mencuba...


     Coretan eila.

Saturday, July 20, 2013

Kerabu pegaga

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Hari ini mak cik nk kongsikan resepi kerabu pegaga..smlm buat untuk menu berbuka puasa. Alkisah nye blh buat sebabnyer kelmarin si suami pn beli pegaga masa dia pi pasar.kononyer nk mkn ulam pegaga ngn budu..

Pastu mak plak pi pasar ngn akak beli jugak..jd disebabkan dh byk..rase sayang plok klu dbiar dlm peti. .
Klu dh masuk peti..phm2 jerlh cik joyah... so, mak cik tgk pegaga masih fresh..
Mak cik pn buatlh kerabu...

So, klu korang2 yg xbapo minat sgt makan pegaga. ..mungkin blh mcuba resepi mcik ni...kot2 blh makan...


Bahan-bahan

1 ikat pucuk pegaga
4 ekor ikan rebus ( dibuang tulang dan ditumbuk)
2 batang serai (dimayang halus)
2 ulas bawang merah (dimayang halus)
sedikit halia (dimayang halus)
1 senduk kerisik
lada hitam (bergantung kepedasan masing-masing - ditumbuk)
2 biji cili padi (dipotong)
cuka
garam 


cara-cara

1. Ikan rebus digoreng bersama serai, bawang merah, halia. ikan digoreng sehingga kekuninggan.

2. Biarkan sejuk, masukkan kerisik, lada hitam, cuka dan cili padi. gaulkan semua...

3. Bila dah sebati masukkan pucuk pegaga..gaulkan hingga sebati...

4.. Siap untuk dihidang dan makan...

yummy...yummy...


coretan eila,

Wednesday, July 17, 2013

SUP AYAM RINGKAS DAN CEPAT


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Alhamdulillah hari ini sudah 9 hari umat islam telah menjalani ibadah puasa.

Syukur ke hadrat Illahi dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang

 baik untuk menunaikannya kepada Yang Maha Esa...


Hari ini saya inginkan kongsikan resepi yang  saya buat semalam...

 permintaan dari si suami nak makan sup ayam. so, si isteri pun buatlh..(saya

 lah tu)... oklah cik joyah tanpa panjang cerita...ko bacalh bahan2  kat bwh tu 

kot2 teringin nak cuba resepi mak cik ni...


Bahan-bahan

Ayam dipotong kecil2 ( untuk 3 org makan)
2 Batang Celery
2-3 cawan air.
1 biji kentang sederhana  (dipotong empat)
1 biji tomato (potong empat)
1 biji bawang besar holland (potong empat)
4 biji bawang putih (ditumbuk)
2 sudu cuka
sedikit halia
sedikit lada hitam biji (ditumbuk kasar)
3-4 biji cili kecil (utk perhiasaan)
sedikit bawang goreng dan daun sup (untuk perhiasan)
2 sudu minyak (untuk menumis).
garam secukupnya.
serbuk perasa (ajinomoto)



Cara-cara memasak

1. Panaskan minyak, masukkan bawang putih. Bila bawang putih layu. Masukkan cuka, kacau dan masukkan ayam yang telah dipotong.

2.  Masukkan air, biar mendidih. Masukkan kentang. 

3. Pastikan kentang hampir masak, masukkan garam, serbuk perasa, lada hitam.

4. Biar mendidih 10 minit, masukkan batang celery, bawang holland, cili kecil.


5. Siap dan untuk hidangkan...


6. taburkan dengan bawang goreng dan daun sup...Siap untuk di makan...


yummyy....selamat berbuka


Coretan eila....





SELAMAT MENCUBA

Monday, June 24, 2013

Chicken Chop Blackpapper simple



Assalamualaikum dan salam sejahtera

hari ini saya nak kongsikan resepi chicken chop paling ringkas...heheh... semalam puasa xtahu menu apa nak berbuka... tut..tut buat chicken chop untuk kami sekeluarga dinner...yeayyy...oklah mcik2 tanpa cerita panjang ni resepinyer....
baca jangan tak baca....


Kuah Chicken Chop 

Bahan-Bahan
Bawang Besar holland
2 sudu mejerin planta
Sos lada hitam
lada hitam biji - ditumbuk
1 kiub ayam
2 cawan air
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
2 sudu tepung jagung
2 sudu sos lea & Perrins 
garam dan gula secukupnya.
  
Cara-cara 
Bawang Besar holland ditumis dengan planta. biar bawang besar layu. Masukkan air, kiub ayam, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos lea & Perrins . Biar mendidih masukkan tepung jagung yang dilarutkan dengan air.biarkan mendidih sehingga pekat masukkan lada hitam biji yang ditumbuk bergantung kepada kepedasan anda mahuuuu...........last sekali masukkan garam dan gula secukupnya.


Salad Buah
 Mayonis
Lemon ( diperah kedalam campuran salad)
buah Anggur, Apple, daun Salad

Untuk Perapan Ayam
Ayam bahagian peha ( ikut suka selera anda)
lada hitam biji ( ditumbuk bergantung kepedasan anda mahu)
sos tiram
sos lada hitam 
sos lea & Perrins 

cara-cara
Semua bahan diperapkan dengan ayam. 30 minit slps itu blh dipanggang...


siap untuk dihidang....


Adiós
Coretan eila


Sunday, June 23, 2013

cubaan pertama membuat pancake

Resepi paling senang. Tiba2 rase nk mkn pancake..tut..tut pi lh pasaraya cari tepung buat pancake..stelah curi2 baca kat internet...
Hasilnyer...jeng...jeng...



Wednesday, June 19, 2013

cucur bawang bersama oat

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

ari ni rase nk entri kan mengenai masakan...alkisah, hujung minggu ade buat cucur bawang dicampur dengan oat... resepi sendiri..konon2 cipta sendiri... tp boleh tahan gak rasenyer...kenyang pun kenyang...


1. adunan yang siap dibancuh.

2. Proses mengoreng 


3. Sipa untuk dimakan...yumm..yumm..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...